Nasional   

Bekas pemain bola sepak negara calon PAS di Pokok Sena

pada 15-04-2018 03:04 

Post Pic

KUALA KEDAH: Bekas pemain bola sepak kebangsaan, Radhi Mat Din diumumkan sebagai calon PAS Parlimen Pokok Sena pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14).
 
Pencalonan Radhi, 53, diumumkan Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang pada program ceramah Gelombang Hijau Kedah PRU14 di Markas PAS Cawangan Alor Ibus di sini malam tadi.
 
Radhi bakal bertembung dengan bekas Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar yang bertanding kerusi Parlimen Pokok Sena di atas tiket Amanah serta calon daripada Barisan Nasional.
 
Dalam pada itu, seorang lagi muka baru, Muhamad Riduan Mohd Othman, 43, diumumkan menjadi calon Parlimen Kuala Kedah yang disandang Pengerusi PKR Kedah, Dr Azman Ismail.
 
Abdul Hadi turut mengumumkan calon bagi DUN Pengkalan Kundur yang akan ditandingi Pesuruhjaya PAS Kedah, Dr Ahmad Fakhruddin Fakhrurrazi.
 
PAS dijangka mengumumkan semua calonnya yang akan bertanding kerusi DUN dan Parlimen di Kedah pada 19 April ini.
 
Sementara parti serpihannya, Amanah dijadualkan berbuat demikian, 17 April ini.
 
 
 



Ruangan Komen