Dunia   

Mesir lanjut darurat tiga bulan lagi

pada 14-04-2018 03:04 

Post Pic

 
KAHERAH: Mesir melanjutkan tempoh darurat di seluruh negara untuk tempoh tiga bulan lagi, bermula hari ini.
 
Arahan berkenaan dikeluarkan Presiden Abdel Fattah al-Sisi hari ini.
 
Katanya, tempoh terbaru itu adalah untuk membolehkan pasukan keselamatan mengambil pendekatan sewajarnya bagi mengekang ancaman dan bahaya dari kumpulan pengganas di seluruh negara.
 
Mesir berdepan ancaman militan Daesh di rantau Utara Sinai yang telah meragut ratusan nyawa anggota polis dan tentera sejak beberapa tahun kebelakangan ini.
 
Ancaman diberikan kumpulan berkenaan kini turut membabitkan orang awam.
 
Darurat pertama di Mesir diisytiharkan pada April tahun lalu selepas serangan bom ke atas dua buah gereja yang meragut 45 nyawa.
 
Ia dilanjutkan pada Julai lalu dan sekali lagi pada Januari tahun ini. 
 

Tags : Mesir darurat



Ruangan Komen