Dunia   

Lima maut bom meletup di stadium

pada 13-04-2018 07:04 

Post Pic

 
MOGADISHU : Sekurang-kurangnya lima penonton satu perlawanan bola sepak maut di sebuah stadium maut apabila ia menjadi sasaran letupan bom, tengahari semalam.
 
Pegawai Polis, Mohamed Aden berkata, letupan berkenaan berlaku di pekan pelabuhan Barewe dalam kawasan Lower Shabelle ketika penduduk tempatan sedang menyaksikan perlawanan bola sepak.
 
Ahli perundangan bagi negeri Selatan Barat, Mahad Doore berkata kesemua mangsa terdiri daripada penonton perlawanan.
 
Pegawai polis Mohamed Aden berkata, kumpulan militan al Shabaab yang memiliki kaitan dengan al-Qaeda disyaki sebagai dalang utama serangan berkenaan.
 
"Kami percaya al Shabaab adalah dalang di sebalik serangan ini dan sasaran sebenar ialah barisan pegawai yang kebetulan tidak duduk di kawasan terbabit. Bom itu kelihatan seperti dikawal dari jarak jauh," katanya.
 

Tags : maut bom meletup stadium



Ruangan Komen