Nasional   

PAS tangguh muktamar sehingga PRU14

pada 13-03-2018 07:03 
Oleh Athirah Hanapiah

Post Pic

KUALA LUMPUR: Muktamar PAS kali ke-64 yang dijadualkan berlangsung pada 4 hingga 6 Mei ini akan ditunda selepas Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) diadakan nanti.
 
Perkara itu dimaklumkan Setiausaha Agung PAS, Datuk Takiyuddin Hassan  selepas mesyuarat bulanan jawatankuasa PAS Pusat di ibu pejabat parti itu, semalam.
 
"Sepatutnya muktamar PAS pada kali ini adalah pada 4,5 dan 6 Mei 2018. Memandangkan masa tersebut kita jangka kalau belum pilihan raya sekali pun, maknanya sebaik selepas pilihan raya kita buat keputusan menangguhkan Muktamar PAS Pusat tahun ini begitu juga dewan-dewan negeri, dewan ulama pemuda dan muslimat negeri, dewan ulama pemuda muslimat pusat dan muktamar PAS pusat.
 
"Kita tangguh sehingga ke satu tarikh yang akan ditetapkan kelak," katanya kepada media.
 
Beliau bagaimanapun tidak memaklumkan lebih lanjut negeri yang bakal dipilih untuk melaksanakan Muktamar parti itu bagi tahun ini.
 
Untuk rekod, Muktamar PAS kali ke-63 tahun lalu diadakan di negeri jelapang padi, Kedah pada 28 April hingga 1 Mei 2017.
 
Malah, pada Muktamar itu, ia telah mencipta satu lagi sejarah apabila PAS secara rasminya memutuskan tahaluf siyasi bersama PKR.
 
PAS kini bergerak di bawah Gagasan Sejahtera (GAGASAN) bersama dua lagi parti iaitu IKATAN dan BERJASA.
 
 
-ze
 



Ruangan Komen