Dunia   

Lebih 40 terbunuh, 23 cedera dalam nahas pesawat di Nepal

pada 12-03-2018 11:03 

Post Pic

 
KATHMANDU: Sekurang-kurangnya 40 terbunuh, manakala 23 lagi tercedera dalam nahas pesawat US-Bangla Airlines berhampiran Lapangan Terbang Antarabangsa Tribhuvan, di sini petang semalam.
 
"Setakat ini, 31 penumpang terbunuh di tempat kejadian dengan sembilan lagi meninggal dunia di hospital," kata jurucakap polis, Manoj Neupane.
 
Beliau turut menambah, 23 lagi penumpang tercedera dalam kejadian berkenaan dan kini sedang dirawat.
 
Pesawat Bombardier Dash 8 berkenaan sedang dalam perjalanan dari Dhaka, Bangladesh membawa 67 penumpang dengan empat anak kapal.
 

Tags : terbunuh cedera pesawat Nepal



Ruangan Komen