Nasional   

MIC akan terus berkhidmat kepada masyarakat India

pada 13-05-2018 09:05 

Post Pic

SEREMBAN: MIC akan terus berkhidmat dan membantu masyarakat India biarpun tewas pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14).
 
Ketua Penerangan MIC Kebangsaan, Datuk VS Mogan, berkata parti itu akan terus bergerak demi kemajuan dan pembangunan masyarakat.
 
"MIC akan meneruskan semua agenda yang dirancang dan sedaya mungkin menjayakannya. Tahniah buat Pakatan Harapan (PH) yang membentuk kerajaan di bawah pimpinan Tun Dr Mahathir Mohamad," katanya dalam kenyataan, di sini, hari ini.
 
Mogan berkata, PH diharap melaksanakan semua janji, pembangunan dan menjaga kebajikan semua golongan, khususnya masyarakat India.
 
"Pada masa sama, kami mengalu-alukan perkara baik dilakukan kerajaan terhadap masyarakat India. Tugasan MIC tidak terhenti di sini dan kami akan terus berbakti," katanya.
 
Beliau berkata, parti itu tidak boleh dinafikan jasa bakti dan berdepan banyak rintangan sejak ditubuhkan 72 tahun lalu.
 
"Pilihan raya kali ini membawa perubahan drastik hingga tumbangnya Barisan Nasional (BN) termasuk MIC. Walaupun menang hanya dua kerusi Parlimen dan tiga DUN, ia tidak menghentikan pergerakan MIC," katanya.



Ruangan Komen