Nasional   

Zamihan ditahan reman dua hari

pada 12-10-2017 07:10 

Post Pic

 
KUALA LUMPUR: Penceramah agama dan pegawai Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim), Zamihan Mat Zin ditahan reman dua hari bermula hari ini.
 
Printah reman berkenaan dikeluarkan di Ibu Pejabat Pejabat Polis Dang Wangi, sehari selepas ditangkap polis berhubung kenyataan beliau pada Sabtu lalu terhadap Sultan Johor dan masyarakat bukan Islam.
 
Zamihan yang mengetuai pertubuhan Ahli Sunnah Wal Jamaah (Aswaja), disiasat dibawah Seksyen 4 (a) Akta Hasutan.
 
Peguamnya, Fakhrul Azman Abu Hassan berkata Zamihan tidak melakukan jenayah berat.
 
“Kes itu tidahkah berat, kalau ikut hukuman maksimum, denda RM5,000 atau penjara 5 tahun. Ia bukan jenayah yang serius pada saya,” katanya.
 
Fakhrul berkata pihaknya berjaya mengurangkan permohonan reman daripada empat hari kepada dua hari dengan alasan anak guamnya memberi kerjasama penuh.
 
“Beliau memberi kerjasama penuh ditambah pula beliau seorang penjawat awam, keadaan beliau juga baik semasa dalam tahan,” katanya.
 
Dalam kuliahnya di Masjid Diraja Tengku Ampuan Jemaah, Shah Alam, pada 7 Oktober, Zamihan dikatkan menyelar pendirian Sultan Johor berkaitan isu dobi mesra muslim.
 
“Ada sultan kata ‘dobi mesra Muslim tak patut diadakan di negeri beta’, dan ‘ini bukan negeri Taliban…’? Tak patut Tuanku Sultan cakap macam itu,” kata Zamihan dalam rakaman video yang tular dan dimuat naik di Youtube.
 
Sehubungan itu, Zamihan semalam memohon maaf kepada Sultan Johor, tetapi menyerang beberapa media sambil mendakwa dirinya difitnah.
 
Kontroversi 'dobi mesra Muslim' timbul selepas Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar mengkritik pengusahanya kerana melaksanakan dasar 'memalukan'.
 
Baginda mengarahkan kedai dobi itu supaya menghentikan operasi atau berdepan dengan risiko ditutup.
 
Titah baginda, tindakan pemilik kedai dobi itu tidak boleh diterima oleh sebuah negeri yang diduduki pelbagai kaum dan agama yang mengamalkan kesederhanaan dan toleransi.   

Tags : Zamihan reman



Ruangan Komen