Dunia   

Nuzman lepas jawatan susulan skandal rasuah

pada 12-10-2017 02:10 

Post Pic

 
 
RIO DE JANEIRO: Ketua Jawatankuasa Olimpik Brazil, Carlos Arthur Nuzman akhirnya mengumumkan peletakan jawatan secara rasmi pada awal pagi ini susulan penahanannya minggu lalu kerana dakwaan skandal rasuah bagi memenangi pemilihan Rio de Janeiro sebagai tuan rumah Sukan Olimpik 2016.
 
Nuzman, 75 tahun, pada minggu lalu berkata bahawa dia akan melepaskan jawatan buat sementara namun jawatankuasa badan induk sukan negara itu menegaskan bahawa dia tidak akan kembali semula.
 
Pendakwa Persekutuan Brazil berkata, Nuzman membayar USD2.5 juta (RM10.5 juta) sebagai rasuah untuk mendapatkan sokongan agar memilih Rio de Janeiro sebagai tuan rumah temasya tersebut. 

Tags : Nuzman skandal rasuah



Ruangan Komen