Dunia   

21 maut dalam kebakaran dahsyat California

pada 12-10-2017 12:10 

Post Pic


CALIFORNIA: Lebih 200 jentera dan anggota bomba dikerah dari beberapa negeri berhampiran California, Amerika Syarikat semalam untuk membantu memadam kebakaran yang kini mengakibatkan 21 korban dengan ribuan lagi hilang tempat tinggal.

Ketua bomba California Ken Pimlott berkata jumlah kematian dalam antara kebakaran paling dahsyat di California itu kini 21 orang dan dijangka meningkat.

"Ini bencana besar yang serius dan kritikal dan kami akan berada di sini untuk satu jangka masa yang lama," kata Pimlott.

Pengarah Jabatan Perhutanan dan Perlindungan Kebakaran California (Cal Fire) itu berkata wilayah berkenaan masih megalami kesan kemarau lima tahun.

"Akibat tanah dan tumbuhan yang kering, kebakaran mudah merebak," katanya.

Sebanyak 11 daripada jumlah kematian dilaporkan di Sonoma County, manakala enam lagi di Mendocino County manakala masing-masing dua lagi kematian dilaporkan di Napa County dan Yuba County.

 


Tags : Kebakaran California



Ruangan Komen