Dunia   

Isteri 'ganti' Nawaz Sharif

pada 12-08-2017 02:08 

Post Pic

 
LAHORE: Isteri bekas Presiden Pakistan, Nawaz Sharif, dilaporkan akan bertanding di kerusi Parlimen yang terpaksa dikosongkan oleh suaminya selepas digugurkan jawatan oleh mahkamah negara itu, bulan lalu.
 
Mahkamah Agung Pakistan memecat Nawaz susulan siasatan tuduhan rasuah terhadap beliau dan keluarga, menjadikannya Perdana Menteri pertama dalam tempoh 70 tahun disingkirkan sebelum menamatkan penggal perkhidmatan.
 
"Kertas pencalonan Begum Kulsoom Nawaz bagi bertanding bagi kerusi Parlimen yang terletak di barat Lahore diserahkan oleh menantunya," kata pegawai parti Pakistan Muslim League-Nawaz kepada AFP.
 
Kulsoom yang sudah berkahwin dengan Nawaz selama 46 tahun, sebelum ini dilihat sering menjauhkan diri daripada terbabit dalam politik.
 
Namun, ketika Pervez Musharraf menahan suaminya dalam insiden rampasan kuasa pada Oktober 1999, Kulsoom mengetuai gerakan bagi membebaskan Nawaz, sebelum mereka sekeluarga hidup dalam buangan di Arab Saudi. 

Tags : Isteri Nawaz Sharif



Ruangan Komen