Nasional   

Banjir Kelantan hampir pulih

pada 06-12-2017 10:12 

Post Pic

KOTA BHARU: Kelantan semakin pulih daripada banjir dengan jumlah mangsa berbaki 62 orang setakat 4.00 petang ini berbanding 520 tengah hari tadi.
 
Menurut aplikasi infobanjir Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), mangsa terbabit daripada 16 keluarga ditempatkan di sebuah Pusat Pemindahan Sementara (PPS) di Sekolah Kebangsaan Bunohan, Tumpat.
 
Pegawai JKM Jajahan Tumpat Mohd Joharye Shafie berkata mangsa terbabit dari Kampung Jal Besar, Kampung Simpangan, Kampung Kajang Sebidang, Kampung Julok Simpangan dan Kampung Kubang Sawa.
 
Beliau berkata mereka tidak dapat pulang ke rumah masing-masih kerana fenomena ”banjir termenung” iaitu air lambat surut berbanding kawasan lain.
 
Mangsa terbabit dijangka dapat pulang ke rumah masing-masing esok sekiranya cuaca terus baik dan tiada hujan, katanya.
 
 
-ze
 



Ruangan Komen