Nasional   

MAHB: KLIA diperluas dalam tempoh tiga tahun

pada 16-06-2017 09:06 

Post Pic

 
 
 
 
PUTRAJAYA: Selaras dengan peningkatan kadar penumpang, Malaysia Airports Holding Berhad (MAHB) akan menjalankan kerja-kerja meluaskan Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).
 
Pengarah Urusan MAHB, Datuk Badlisham Ghazali berkata tempoh tiga tahun diperlukan untuk melaksanakan kerja-kerja memperluaskan lapangan terbang tersebut.
 
Malah MAHB juga akan menjalankan beberapa kerja penambahbaikan lain mengambil kira usia lapangan terbang itu yang mencecah puluhan tahun.
 
"Antara penambahbaikan yang dilakukan ialah menukar konsep tandas di KLIA, memperluaskan surau, menaik taraf sistem bagasi dan tempat meletak kenderaan," katanya pada sidang media selepas Majlis Perasmian Konsep Baharu Tandas KLIA, di sini hari ini.
 
Badlisham memaklumkan jumlah penumpang di KLIA semakin meningkat selaras dengan pertambahan pergerakan trafik yang ditunjukkan sepanjang tahun ini.
 
"Pergerakan trafik bagi tempoh Januari sehingga Mei lalu di KLIA meningkat sebanyak 25.9 peratus kepada 12 juta penumpang berbanding tempoh sama pada 2016. 
 
"Faktor penambahan ini turut disumbangkan menerusi penyertaan tiga pengendali penerbangan yang berminat untuk berada di KLIA," katanya.
 
 
 
-ai-

Tags : MAHB KLIA



Ruangan Komen