Dunia   

UK janji siasat punca kebakaran Grenfell

pada 16-06-2017 03:06 

Post Pic

 
LONDON: Perdana Menteri Theresa May berjanji melaksanakan siasatan awam penuh terhadap insiden kebakaran bangunan apartmen 24 tingkat yang mengorbankan sekurang-kurangnya 17 orang, setakat ini. 
 
Pengumuman itu dilakukan selepas kerajaan berdepan persoalan mengenai bagaimana kebakaran itu boleh berlaku. 
 
Asap masih kelihatan di Menara Grenfell ketika pasukan bomba mahir dan pasukan pengesan anjing berdepan bahaya memeriksa runtuhan dengan penutup luar bangunan masih berisiko untuk runtuh. 
 
Bangunan kediaman awam itu dihuni 600 orang dan mempunyai lebih 120 unit apartmen. Kebakaran awal pagi kelmarin menyaksikan api marak di sebahagian besar bangunan hanya dalam beberapa minit. 
 
"Saya boleh mengesahkan jumlah mangsa terkorban adalah 17 orang setakat ini," kata komander polis London, Stuart Cundy. 
 
Katanya, jumlah itu dijangka meningkat ketika anggota bomba memaklumkan tidak menjangkakan dapat menemui mangsa terselamat selepas menyelamatkan 65 mangsa cedera, setakat ini.
 
Katanya, misi mencari di blok kediaman yang musnah itu mungkin memakan masa berbulan-bulan dan ada mangsa yang mungkin tidak dapat dikenal pasti. 

Tags : UK kebakaran Grenfell



Ruangan Komen