Dunia   

Pelajar AS dibebas Korea Utara

pada 16-06-2017 03:06 

Post Pic

 
WASHINGTON: Seorang penuntut universiti yang kembali ke Amerika Syarikat (AS) minggu ini selepas ditahan di Korea Utara selama 17 bulan, mengalami kecederaan otak teruk dan berada dalam keadaan sedar tetapi tidak memberi tidak balas. 
 
Otto Warmbier, 22, yang tiba di AS Selasa lalu stabil dan menunjukkan tanda memahami bahasa, bertindak balas kepada arahan lisan atau sedar akan persekitarannya. 
 
Pengarah perubatan unit rawatan rapi sains saraf di Pusat perubatan Universiti Cincinnati, Dr Daniel Kanter mengesahkan perkara itu dalam sidang media di sini. 
 
"Dia tidak bercakap, tidak cuba untuk bergerak atau menunjukkan tingkah laku," katanya. Bagaimanapun, Warmbier masih bernafas sendiri. Warmbier, dari Wyoming, Ohio, koma sejak Mac tahun lalu, tidak lama selepas dijatuhi hukuman 15 tahun kerja keras di Korea Utara, kata keluarganya kelmarin.
 
Beliau ditangkap kerana cuba mencuri bahan mengandungi slogan propaganda, lapor media Korea Utara. 
 
Warmbier melawat Korea Utara dengan kumpulan pelancong. Semalam, Korea Utara berkata Warmbier dibebaskan atas dasar kemanusiaan.

Tags : Pelajar AS Korea Utara



Ruangan Komen