Dunia   

Naib presiden AS lantik peguam luar bantu isu Russia

pada 15-06-2017 11:06 

Post Pic

 
 
WASHINGTON: Naib Presiden Amerika Syarikat (AS) Mike Pence mengupah penasihat undang-undang luar untuk membantunya berdepan soalan-soalan penyiasat berhubung dakwaan campur tangan Russia dalam pilihan raya AS 2016 dan kemungkinan wujud pakatan sulit dengan kempen Trump, kata seorang jurucakap semalam. 
 
Pence mengekalkan peguam Virginia, Richard Cullen, yang sebelum ini berkhidmat sebagai peguam AS di Daerah Timur Virginia, kata jurucakap Jarrod Agen. 
 
Presiden Donald Trump bulan lalu melantik Marc Kasowitz, seorang peguam yang beribu pejabat di New York, sebagai wakil peribadinya berhubung siasatan Russia.
 
Peguam khas Robert Mueller dan beberapa jawatankuasa kongres sedang menyiasat kemungkinan wujud hubungan antara kempen Trump dan mengesyaki Russia berusaha untuk mempengaruhi pilihan raya supaya memihak kepada Trump. 
Rabu lalu Washington Post melaporkan Mueller sedang menyiasat Trump atas dakwaan menghalang keadilan dalam siasatan Russia. 
 
"Saya boleh mengesahkan bahawa naib presiden mengekalkan Richard Cullen daripada McGuire Woods untuk membantunya dalam menjawab pertanyaan peguam khas," kata Agen dalam satu kenyataan. 
 
"Naib Presiden memberi tumpuan sepenuhnya kepada tugas beliau dan berharap perkara ini dapat diselesaikan secepat mungkin," kata Agen. 

Tags : Naib Presiden AS Russia



Ruangan Komen