Dunia   

Lapan maut, 65 cedera dalam letupan tadika

pada 15-06-2017 11:06 

Post Pic

 
BEIJING: Sekurang-kurangnya lapan orang terbunuh sementara 65 mangsa lain cedera akibat letupan di sebuah tadika di timur China yang mana polis menyifatkannya sebagai tindakan jenayah. 
 
Agensi berita rasmi Xinhua melaporkan siasatan awal polis menunjukkan letupan itu adalah tindakan jenayah dan seorang suspek sudah dikenal pasti. 
Katanya, letupan itu berlaku di wilayah pesisir pantai Jiangsu pada kira-kira jam 5 petang waktu tempatan, ketika ramai ibu bapa datang untuk mengambil anak-anak mereka di sekolah.
 
Dua orang maut di tempat kejadian dan enam lagi meninggal dunia akibat kecederaan di hospital. Jumlah mangsa cedera pula meningkat kepada 65 orang, setakat jam 11 malam tadi waktu tempatan dengan lapan daripada mereka kritikal. 
 
Setakat ini, masih belum jelas sama ada mangsa terbunuh atau cedera adalah kanak-kanak. Letupan dan kemalangan lain sering berlaku di China yang tidak begitu menguatkuasakan undang-undang keselamatan walaupun kerajaannya berjanji untuk memperbaiki pemeriksaan bagi membendung kejadian seumpamanya. 

Tags : Maut letupan China



Ruangan Komen